Selamat Datang ke Website
KERJAYA & ANDA


PENDIDIKAN
KAUNSELING KERJAYA
-
Program pendidikan yang bersifat komprehensif berfokuskan ke arah mencapai kerjaya.
-
Membantu membina sikap yang positif terhadap kepentingan kerja sama ada dari segi peribadi, psikologi, sosial mahupun ekonomi
-
Bermatlamat untuk merangsang individu mencari maklumat, memproses maklumat dan mengintegrasikan maklumat
-
Mempertingkat keupayaan individu untuk membuat keputusan, melengkapkan diri dengan kemahiran untuk memulakan sesuatu kerjaya.


Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti ?
Guilford (1959) - Satu pola tret unik yang ada pada diri individu
Maddi (1989) - Satu set ciri-ciri dan kecenderungan stabil yang menentukan kesamaan dan perbezaan tingkah laku psikologi seseorang
Cattell (1996) - Suatu yang berkaitan dengan semua tingkah laku sama ada secara dalaman atau luaran.
Kochhar (1983) - Keseluruhan tingkah laku individu dalam situasi sosial.

Definisi Persekitaran
Secara umumnya, persekitaran merupakan semua faktor atau kuasa yang wujud di luar diri individu yang beroperasi mengawal tingkah laku individu di samping berperanan dalam membentuk perkembangan fizikal dan mental individu.

Hubungan Antara Personaliti & Persekitaran
Individu mencari persekitaran atau pekerjaan yang selaras dengan personaliti bagi membolehkan mereka menunjukkan kemahiran dan kebolehan sendiri khususnya penerapan nilai dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Individu akan berpuas hati sekiranya dapat menyesuaikan diri dalam sesuatu persekitaran pekerjaan yang mereka ceburi.
(Holland, 1973 )